Sunday, April 29, 2007

Senarai Pelaburan Internet Yang Tidak Sah & Bukti Kepalsuan?

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

Tulisan ringkas ini masih berkisar dalam topic pelaburan melalui internet. Kalau sebelum ini saya mendedahkan perihal haramnya transaksi dan keuntungan dari pelaburan-pelaburan yang telah saya ulas di web saya ini. Rupa-rupanya kebanyakkan syarikat-syarikat dan web yang menguruskan pelaburan ini juga telah di senaraikan dalam senarai berjaga-jaga dan tidak menurut undang-undang pelaburan Malaysia. Malah pelaburan di dalamnya juga adalah ditegah oleh Badan Pengawal Kepentingan Pelabur dan aktiviti Pelaburan Malaysia iaitu Suruhanjaya Sekuriti.

Sila baca nota ringkas dari Suruhanjaya Sekuriti di bawah dan juga senarai nama-nama pelaburan yang tidak sah di sisi undang-undang Malaysia.

Amat jelas lagi bersuluh kesalahan mereka ini. Justeru adalah harus mana-mana orang yang didapati mengempen dan mengajak orang ramai memasuki skim haram ini dilaporkan kepada SC untuk tindakan selanjutnya.

Justeru, mana-mana nama syarikat dan skim yang terdapat dalam list ini, tiada gunanya saya membantu mengkajinya dari sudut Shariah kerana jika sudut undang-undang pun telah tidak lulus, maka tahap ini mereka perlu lepasi terlebih dahulu agar sebarang kajian Shariah kepada setiap syarikat adalah berbaloi dan boleh digunakan di dalam negara. Memang benar, tidak semua yang tersenarai ini haram dari sudut Shariah serta tidak semua pula yang diluluskan oleh undang-undang itu halal.

Bagaimanapun, bagi saya, eloklah saya menumpukan bantaun kepada yang telah diluluskan oleh undang-undang terlebih dahulu, ia lebih baik dan mudah. Sebagai contoh, jika sebelum ini saya telah membuat sedikit kajian tentang Jainetwork Sdn Bhd, tetapi apabila saya dapati ia tersenarai, maka eloklah saya tangguhkan dahulu kajian ini sehinggalah namanya terkeluar dari senarai ini. Demikian juga seperti Hibah Fund dan semua yang tersenarai.

No comments: